Helo semua. ????
Lama tak sharing2 dalam group nih. Terjumpa gambar lama. Hehehe. Senyum sendirian tengok diri sendiri beberapa tahun lepas.
Nak turun susah. Nak maintain lagi mencabar ????. Tapi sejak membiasakan diri dengan amalan diet Keto dan IF semenjak pertengahan 2020, alhamdullilah dah menjadi kebiasaan.
Seluar kegemaran tuh dah longgar sangat. Kena ikat kuat. ???? Pergi hiking pun asyik2 kena tarik. Nak kena beli seluar saiz baru la ye?
Semua benda baru memang mencabar nak mulakan. Apatah lagi tak pernh dengar. Apa nih diet Keto? Nama diet. Tentu banyak benda tak boleh makan? Hahhhh itulah yang tak benar.
Pastuh, amalkan IF? Isk isk isk..... Tapi apabila dah cuba, dan amalkan mrenjadi kebiasaan, insyallah senang jer rupanya.
Emma bakal menginjak ke usia 44 tahun tau. Syukur alhamdullilah. Kesihatan dan kecerdasan menjadi kegemaran terkini. Rasa lebih sihat dam ceria.
Aktiviti bersukan menjadi amalan dah sekarang. Ia menjadi booster kepada IF dan Keto yang dilakukan.
Jom u alls. Hidup lebih happy!
Emma Sani
Ibu kepada 3 orang anak (16 tahun, 13 tahun dan 8 tahun)
#dapurketoasia