Image

Beras PERANG & Beras PARBOILED Vs Beras PUTIH

Antara syarat utama nak diet Keto, kita kena ‘cut off’ Beras putih. The best tukar kepada beras perang atau beras parboiled. Jom kita kenali ketiga-tiga perbezaan beras ini.

Beras putih dihasilkan daripada padi. Apabila kulit luar dibuang dan hanya tinggal selaput bran pada beras, ia beras perang. Jika bran juga dibuang, ia dinamakan beras putih.

Oleh itu beras perang mempunyai serat yang lebih banyak (kira-kira 5%) dan ini menyebabkan bacaan GI menjadi rendah beranding dengan beras putih.

Selain itu kadar mineral dan vitamin beras perang lebih tinggi dari beras putih.

Selain dari beras perang, beras rebus (parbolied rice) juga mempunyai serat, mineral dan vitamin yang lebih banyak berbanding dengan beras putih. Bacaan GI pun lebih rendah dari beras perang.

Beras rebus dihasilkan dari proses pengewapan yang meninggalkkan lebih banyak selaput bran pada permukaan padi.

Dengan menukarkan pengambilan beras putih kepada beras perang atau beras rebus, dapat mengurangkan risiko mendapat masalah obesiti, diabetis mellitus dan serangan sakit jantung.