Image

Katakan TIDAK kepada GULA

Aduh! kena 'cut off' gula tau. Mesti first step rasa macam terperanjat. Tak kan nak makan dan minum tak boleh rasa manis terus?

Usah bimbang. ada alternatif kepada gula! Antara yang paling popular adalah stevia. Selalunya dijual dalam bentuk serbuk atau 'drop'. Rasanya agak 'pekat' berbanding gula biasa. Jadi kalau pakai, tak perlu banyak sangat. Kalau pakai stevia drop, setitis dua dah cukup. Setitis stevia drop, boleh disamakan rasanya macam 2 sudu besar gula biasa. Manis.

Jadi, anda boleh bermula dengan langkah pertama, dapatkan stevia sebagai salah satu bahan utama untuk memulakan diet Keto dari rumah. Senang nak memasak tau buat minuman nanti

Stevia kini senang nak dibeli di kedai dan pasaraya juga. Tapi, jika malas atau susah nak cari, melalui online seperti Shopee pun senang nak beli