Image

Bahan pemekat pengganti tepung jagung

Apabila dah mula dengan diet Keto, pengamalnya perlu kenal pasti bahan alternatif. Ia untuk memudahkan masakan yang nak dibuat nanti.

Antara bahan yang selalu kita guna adalah tepung jagung. Nak 'pekatkan' kuah, kalau tak ada tepung jagung, tak menjadi nanti apa yang dirancang. Contoh masakan yang perlukan tepng jagung adalah seperti Mee Hailam dan juga Sayur campur ala Chinese. Kalau tak ada, kurang 'kick' masakan tersebut

Jadi, apakah bahan alternatif untuk tepung jagung? Untuk kita di Malaysia, boleh cuba Gam Xanthan dan Gam Arabic. Fungsinya sama seperti tepung jagung tau. Ada beberapa 'hyper market' seperti Jaya grocer dan Village Grocer yang anda boleh dapatkan bahan ini.

Nak lagi mudah? Cari di Shopee! Insyallah memang sentiasa ada. Order dan terus sampai ke depan pintu rumah

Dah tak perlu risau. Gam Xanthan dan Gam Arabic kan ada? Kembali masak seperti biasa